Both Of Us
Faktor-faktor Yang Membatalkan Kewarganegaraan
Tuesday, 10 February 2015 • 17:14 • 0 comments

KEWARGANEGARAAN


Peruntukan -peruntukan pemerolehan kewarganegaraan di senaraikan dalam Bahagian 3, Perkara 14 hingga Perkara 22 Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Perkara 28 pula menyenaraikan ciri-ciri yang berkaitan dengan kehilangan kewarganegaraan.  

 Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi Malaysia. Perlembagaan Persekutuan terdiri daripada 15 bahagian yang mengandungi 183 Perkara. Kewarganegaraan perkara 14-31 terkandung dalam butiran ketiga. Bagi penamatan kewarganegaraan terbahagi kepada dua iaitu Penolakan dan Pelucutan.


Kementerian Dalam Negeri bertanggungjawab dalam menentukan dan memastikan taraf kewarganegaraan dianugerahkan kepada mereka yang benar-benar layak dan berhak menerima taraf tersebut agar mereka yang menerima taraf kewarganegaraan Malaysia tidak menjejaskan keselamatan, keharmonian, perpaduan dan ketenteraman awam serta negara

1. SESEORANG INDIVIDU ITU TELAH MENJADI WARGA ASING.

 - Sebagai contoh, individu tersebut tidak lagi berminat untuk mengekalkan kewarganegaraan yang dimilikinya dengan cara menolak kewarganegaraannya seperti menjadi warganegara asing.


  • PERKARA 24, pelucutan kewarganegaraan kerana memperoleh atau menggunakan kewarganegaraan asing, dan sebagainya.

(1)    Jika Kerajaan Persekutuan berpuas hati bahawa mana-mana warganegara telah memperoleh kewarganegaraan mana-mana negara di luar Persekutuan melalui pendaftaran, penaturalisasian atau perbuatan sukarela dan formal yang lain (selain perkahwinan), maka Kerajaan Persekutuan boleh melalui perintah melucutkan kewarganegaraan orang itu.

(2)   Jika Kerajaan Persekutuan berpuas hati bahawa mana-mana warganegara telah menuntut dan menggunakan dengan sukarela di mana-mana negara di luar Persekutuan apa-apa hak yang terdapat untuknya di bawah undang-undang negara itu, iaitu hak-hak yang diberikan secara khusus kepada warganegara negara itu, maka Kerajaan Persekutuan boleh melalui perintah melucutkan kewarganegaraan orang itu.

(3) (Dimansuhkan).

(1)   Tanpa menjejaskan keluasan Fasal (2), penggunaan hak undi dalam mana-mana pemilihan politik di sesuatu tempat di luar Persekutuan hendaklah disifatkan sebagai penuntutan dan penggunaan yang sukarela suatu hak yang terdapat di bawah undang-undang tempat itu; dan bagi maksud Fasal (2), seseorang yang, selepas tarikh yang ditetapkan* oleh Yang di-Pertuan Agong melalui perintah bagi maksud Fasal ini--

(2)   memohon kepada pihak berkuasa sesuatu tempat di luar Persekutuan supaya pasport dikeluarkan atau dibaharui; atau

(3)   menggunakan pasport yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa itu sebagai dokumen perjalanan,

(4)   hendaklah disifatkan dengan sukarela menuntut dan menggunakan suatu hak yang terdapat di bawah undang-undang tempat itu, iaitu suatu hak yang diberikan secara khusus kepada warganegara tempat itu.

(5)   Jika Kerajaan Persekutuan berpuas hati bahawa mana-mana perempuan yang menjadi warganegara melalui pendaftaran di bawah Fasal (1) Perkara 15 telah memperoleh kewarganegaraan mana-mana negara di luar Persekutuan oleh sebab perkahwinannya dengan seseorang yang bukan warganegara, maka Kerajaan Persekutuan boleh melalui perintah melucutkan kewarganegaraan perempuan itu.


2. MENDERHAKA TERHADAP KERAJAAN SEMASA PEPERANGAN DENGAN MENJALANKAN URUSAN ATAU PERNIAGAAN DENGAN MUSUH NEGARA.

Umpamanya, menjalankan perhubungan atau perniagaan dengan negara atau musuh negara seperti Israel. Semua warganegara Malaysia adalah dilarang sama sekali daripada mempunyai hubungan dalam apa jua bentuk dengan negara Israel.
Jika keadaan ini berlaku, pihak kerajaan melalui hak-haknya di dalam perlembagaan akan menarik balik kewarganegaraan individu tersebut.

3. SESEORANG WARGANEGARA TELAH MEMBUKTIKAN DIA TIDAK SETIA KEPADA NEGARA SAMA ADA MELALUI PERCAKAPAN ATAU TINDAKANNYA YANG BOLEH MENCEMAR KESELAMATAN DAN KEDAULATAN NEGARA.

-  Kewarganegaraan juga boleh dilucutkan oleh perlembagaan jika individu tersebut membuktikan bahawa dia tidak lagi setia kepada negara melalui tindakan atau percakapannya.
Penderhakaan yang dilakukan oleh individu tersebut sama ada di dalam mahupun di luar negara juga menyebabkan perlembagaan berhak menarik balik kewarganegaraan seseorang itu.

4. BERMASTAUTIN DI NEGARA ASING LEBIH 5 TAHUN SECARA BERTERUSAN TANPA MENDAFTAR DIRI DI PEJABAT KONSUL PERSEKUTUAN.


- Begitu juga dengan individu yang telah bermastautin di negara asing selama lebih daripada 5 tahun secara berterusan dan tidak pernah melapor atau mendaftar di Pejabat Konsul Persekutuan.
Pelucutan kewarganegaraan ini boleh dilakukan oleh pihak kerajaan berdasarkan hak-hak di dalam perlembagaan melalui proses kehakiman.

Contoh kad pengenalan warganegara Malaysia


5. DIHUKUM PENJARA LEBIH DARIPADA 15 BULAN ATAU DIDENDA TIDAK KURANG DARIPADA RM5000 TANPA PENGAMPUNAN BAGI KESALAHANNYA DALAM TEMPOH 5 TAHUN. 

- Selain itu, seseorang warganegara yang mendapatkan kewarganegaraannya melalui pendaftaran tadi turut tidak terlepas daripada tindakan pelucutan kewarganegaraannya jika individu tersebut dipenjara tidak melebihi 12 bulan atau didenda tidak kurang daripada RM5000 tanpa mendapat pengampunan bagi kesalahan tersebut.

6. MEMPEROLEH KEWARGANEGARAAN SECARA TIPU ATAU PALSU.

- Seseorang yang mempunyai kewarganegaraan secara tipu atau palsu contohnya pendatang asing yang ingin bekerja di negara Malaysia tanpa memperoleh kewarganegaraan yang diluluskan oleh pihak tertentu.

7. BERKHIDMAT DI BAWAH KERAJAAN NEGARA ASING.

- Kewarganegraan juga boleh dilucutkan apabila seseorang itu berkhidmat di bawah kerajaan negara asing. Contohnya, seseorang yang membocorkan hal kerajaan Malaysia kepada negara asing dengan tujuan untuk menjatuhkan Malaysia. Jelas, seseorang itu berkhidmat di bawah kerajaan negara asing.

8. MENYALAHGUNAKAN HAK RAKYAT.

 - Di samping itu, kerajaan Persekutuan juga boleh melucutkan kewarganegaran seseorang itu sekiranya telah secara sukarela menuntut dan menggunakan hak yang hanya diberikan untuk rakyat negara lain sahaja. Contohnya, jika di dalam sebuah negara itu hanya rakyat negara itu dibenarkan membuang undi dan seseorang rakyat Malaysia telah pergi membuang undi, maka dia mungkin boleh dilucutkan kewarganegaraannya.

9. MENCEMARKAN NAMA NEGARA, MENGKRITIK KERAJAAN ATAU RAJA-RAJA, TIDAK SEHALUAN DENGAN MANA-MANA PARTI POLITIK DAN MELANGGAR UNDANG-UNDANG.

-Mencemarkan nama negara, mengkritik kerajaan atau Raja-raja, tidak sehaluan dengan mana-mana parti politik dan melanggar undang-undang adalah antara alasan yang sering digunakan oleh gerombolan tertentu untuk ‘mendesak’ supaya seseorang atau sesuatu kumpulan itu dilucutkan kewarganegaraan mereka. 



10. MENGHINA JALUR GEMILANG TERMASUK DENGAN MENGIBARKAN BENDERA SANG SAKA MALAYA.

 - Perbuatan menghina bendera negara adalah kesalahan serius dan tidak boleh dimaafkan kerana Jalur Gemilang merupakan lambang kedaulatan negara.

 - Bagi pengibar atau pejuang yang ingin menjadi Malaysia sebagai republik, mereka menjadikan Sang Saka Malaya sebagai pencetus semangat untuk mengajak rakyat sehaluan dengan mereka turut serta.Jelas sekali hasrat kumpulan berkenaan tidak boleh dipandang ringan.  Mereka sedang mengajak rakyat untuk bangkit menentang kerajaan. 

- Sang Saka Malaya, merupakan bendera merah putih dengan 12 bintang kuning disusun tiga baris empat jalur dilaporkan bendera milik sebuah persatuan pergerakan kiri di negara ini pada era 1940-an.
 - Pergerakan itu memperjuangkan kemerdekaan tanpa pembabitan raja-raja Melayu, dan oleh itu boleh dikatakan cenderung kearah pembentukan sebuah republik, (melalui penyatuan dengan Indonesia)  sama seperti yang berlaku di Indonesia, di mana raja-raja tempatan telah kehilangan ("dilucutkan") kuasa masing-masing semasa pembentukan Negara Kesatuan Republik Indonesia.



 - Bagi pengibar atau pejuang yang ingin menjadi Malaysia sebagai republik, mereka menjadikan Sang Saka Malaya sebagai pencetus semangat untuk mengajak rakyat sehaluan dengan mereka turut serta.Jelas sekali hasrat kumpulan berkenaan tidak boleh dipandang ringan.  Mereka sedang mengajak rakyat untuk bangkit menentang kerajaan. 


11. SEORANG WANITA MENJADI WARGANEGARA ASING MELALUI PERKAHWINAN DENGAN LELAKI NEGARA BERKENAAN.

 - Kerajaan persekutuan boleh melucutkan kewarganegaraan seseorang wanita yang menjadi warganegara melalui pendaftaran telah memperolehi kewarganegaraan asing melalui perkahwinannya dengan seorang yang bukan warganegara Malaysia.
 -  Jika Kerajaan Persekutuan berpuas hati bahawa mana-mana perempuan yang menjadi warganegara melalui pendaftaran di bawah Fasal (1) Perkara 15 telah memperoleh kewarganegaraan mana-mana negara di luar Persekutuan oleh sebab perkahwinannya dengan seseorang yang bukan warganegara, maka Kerajaan Persekutuan boleh melalui perintah melucutkan kewarganegaraan perempuan itu.

 -  Kerajaan Persekutuan boleh melalui perintah melucutkan kewarganegaraan mana-mana perempuan yang menjadi warganegara melalui pendaftaran di bawah Fasal (1) Perkara 15 jika berpuas hati bahawa perkahwinan yang disebabkan olehnya perempuan itu didaftarkan telah dibubarkan, melainkan disebabkan oleh kematian, dalam tempoh dua tahun mulai dari tarikh perkahwinan itu.



12. PELUCUTAN KEWARGANEGARAAN ANAK ORANG YANG HILANG KEWARGANEGARAAN.

 - Jika seseorang telah melepaskan kewarganegaraannya atau telah dilucutkan kewarganegaraannya di bawah Fasal (1) Perkara 24 atau perenggan (a) Fasal (1) Perkara 26, maka Kerajaan Persekutuan boleh melalui perintah melucutkan kewarganegaraan mana-mana anak orang itu yang di bawah umur dua puluh satu tahun yang telah didaftarkan sebagai warganegara menurut Perlembagaan ini dan telah didaftarkan sedemikian sebagai anak orang itu atau anak isteri atau anak suami orang itu.

13. SESEORANG ITU DENGAN TIDAK MENDAPAT KEBENARAN KERAJAAN PERSEKUTUAN TELAH MENERIMA APA-APA JAWATAN ATAU PEKERJAAN ATAU TELAH BERKHIDMAT ATAU MENJALANKAN KEWAJIPAN DALAM APA-APA JAWATAN ATAU PEKERJAAN DI BAWAH KERAJAAN MANA-MANA NEGERI DI LUAR PERSEKUTUAN.

- Kerajaan Persekutuan boleh melalui perintah melucutkan kewarganegaraan mana-mana orang yang menjadi warganegara melalui pendaftaran di bawah Perkara 16A atau 17 atau yang menjadi warganegara melalui penaturalisasian jika berpuas hati bahawa orang itu, tanpa kelulusan Kerajaan Persekutuan, telah menerima, berkhidmat dalam, atau melaksanakan tugas apa-apa jawatan, perjawatan atau pekerjaan di bawah Kerajaan mana-mana negara di luar Persekutuan atau mana-mana subbahagian politiknya, atau di bawah mana-mana agensi Kerajaan.


  • PERKARA 25(A), kerajaan Persekutuan boleh, dengan perintah, melucutkan  kewarganegaraan seseorang yang menjadi warganegara dengan cara pendaftaran atau kemasukan ,jika berpuas hati bahawa orang itu, dengan tidak mendapat kebenaran Kerajaan Persekutuan, telah menerima apa-apa jawatan atau pekerjaan atau lebih berkhidmat  dalam menjalankan kewajipan dalam apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah kerajaan mana-mana agensi kerajaan asing itu jika suatu sumpah, ikrar , atau akuan taat setia dikehendaki tentang jawatan atau pekerjaan itu.






Welcome to our blog for Pengajian Malaysia. Please navigate around happily. bold italic underline strike

Diary About Link Stuff